Saturday, August 29, 2009

Alhamdulillah,termasuk semalam sudah tiga kali aku sempat solat terawih di Masjid Mardi, Serdang. Aku suka solat di situ kerana bacaan imamnya sangat jelas dan mengelusup kalbu...Selain itu, setiap empat rakaat akan diadakan tazkirah ringkas daripada ustaz yang bertugas. Semalam ustaz menguraikan kata-kata daripada kitab hikam:

"Tanda matinya hati kita adalah kita terlalu sibuk mengejar benda yang Allah sudah tentukan pada kita. Antaranya rezeki, jodoh pertemuan dll...sehingga kita sanggup meninggalkan perkara yang belum pasti seperti dosa dan pahala, ke syurga atau ke nerakakah kita, atau adakah kita sering melakukan perkara yang diperintah dan di redhai Allah S.W.T."

Ustaz banyak menguraikan tentang rezeki. Contohnya seorang peniaga, janganlah disebabkan takut kehilang pelanggan kalau kita tinggal sekejap perniagaan kita itu untuk solat. Mungkin logiknya banyak jualan kita boleh dapatkan ketika itu, tapi harta yang kita dapatkan itu tidak akan ada keberkatan.

Ketika itu aku teringat kata-kata yang sering Ma dan Abah aku keluarkan"kalau harto banyok pon, kalu tok berkat, tok kemanonyo.Duit bejuto pun sekelit mato pun boleh habis".Aku yakin dengan kata-kata kedua orang tua aku itu sebab mereka lebih banyak makan garam daripada aku.Mereka bercakap bukannya teori semata, tapi realiti yang berlaku.

Di sini ustaz menyatakan bukanlah Islam melarang umatnya mencari rezeki.Malah mencari rezeki yang halal menjadi tuntukan kepada kita.Tetapi apa yang ingin diingatkan oleh ustaz adalah janganlah kita sibuk mencari rezeki sehingga kita lupa akan kewajipan kita dan sanggup melakukan pekerjaan yang haram di sisi Islam.

1 comment:

Muffakiratul Mukminah said...

Alhamdulillah, ana pun baru pertama kali solat tarawih di Masjid Mardi..memang bacaan imam sangat jelas tajwidnya apatah lagi bacaan nya sangat menusuk dalam hati..setuju dgn K.Tiqah..he2..nanti kita pegi lagi yek..
Tazkirah semalam ana dengar sikit je sebab kesejukkan menggigit tulang dengan suhu 'air-cond' yang tinggi.Jadi, ana tak dapat nak fokus..Tapi ana dapat ingat pesanan ustaz seperti mana yang Kak Tiqah cakap.." Kita jangan asyik mengejar apa yang Allah dah jamin untuk kita tetapi kita terlupa pada perkara yang belum pasti.."InshaAllah, sama2 muhasabah diri.Sekarang pun dah masuk pertengahan bulan Ramadhan..Bulan Keampunan..



ERTI HIDUP PADA MEMBERI...

Ini semuanya takdir tuhanku...Walaupun hatiku yang hiba tidak dapat menerimanya, apakan daya. Tapi ku percaya...terselit hikmah disebaliknya.Tuhan tak kan membiarkan perjuangan selesai tanpa dugaan yang maha berat.Percayalah...Hari yang dinantikan pasti tiba.Merangkul kembali takhta dunia untuk dimahkotakan kepada ISLAM yang tercinta. Tidur ku takkan lena. Sehingga...impian ku tercapai indah. Bagai mimpi ngeri di siang hari...Tumbangnya pejuang...Tersungkur menyembah bumi...aduhai itulah mainan hidup ini. BANGUNLAH KEMBALI!!! Pandanglah dunia...Di sana insan dipermainkan. Masih ada yang memerlukanmu. Mereka terpinga tanpa amaran. SEDARKAN MEREKA!!! Teruskan perjuanganmu...Bayangkan generasi yang mendatang. Ke manakah haluan???Adakah dididik tamakkan dunia???Atau celik mengenal akhirat???Aku....Di sanubari ku membara sebuah impian. Takkan kesampaian tanpa cobaan. Akan gigih mara kehadapan Kuharapkan...Sokongan dan dokongan Inspirasi pencekal jiwa agar impian menjadi nyata yang pasti...Masyrakat kenal akan kemurniaan ISLAM. Cinta sesama manusia. Prihatin tak kira bangsa. Tiada yang buta tanpa pembela. Akan ku perjuangkan....Inilah JANJIKU. Ku yakinTuhan akan bersamaku.InsyaAllah!!!