Monday, March 29, 2010

KU INSAFI...

Hampir 2 minggu aku menjalankan praktikal di Bahagian Sajian di Unit Pemakanan dan Dietatik, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Sepanjang 2 minggu itu, hampir semua wad aku ‘naik’ utk sajikan makanan kepada pesakit. Bermula dari wad wanita bersalin, kanak2, org dewasa, sehinggalah wad VIP…


Sebelum di tempatkan di bahagian sajian, aku ditempatkan di bahagian penyediaan-memasak makanan utk pesakit…just masak2 aje…


Bila di bahagian sajian, aku berhadapan dgn bermacam2 jenis pesakit…Bermacam2 jenis pesakit aku jumpa…personally, aku rasa sgt insaf…lebih2 lagi wad kanak2…Antaranya…ada seorg baby (mgkn berusia dlm 3 blh)…badannya dipenuhi wayar…matanya terbuka, tp, tidak menangis…kalau menangis pun, suaranya sgt perlahan…Subhanallah…kayanya ciptaan Allah…bayangkan kalau baby tu menangis dgn kuat (mcm baby lain)…xterkawal si ibu utk memujuknye…dgn keadaan badannya dipenuhi wayar…


Selain itu, ada juga yang seorang budak lelaki yg berusia 12 tahun… dia menghidapi lukiemia…hampir satu bulan dia berada dlm wad kerana sel darah putihnya semakin bertambah… bila aku hantar makanan pada dia, aku ckp-“makanlah dik”…tapi, dia bersungut pada mak dia, kalu boleh keluar wad, baru dia nak makan…huh..huh…bayangkan perasaan seorg ibu ketika itu…hanya pujukan sahaja yg mampu dikeluarkan…dlm hati, entahlah mcm mane…Tp, sebagai saudara se-ISLAM, aku doakan keluarganya tabah menerima ketentuan Ilahi…mungkin ada hikmah di sebalik ujian Allah itu…Allah tidak akan membebani hamba2-Nya…Aku yakin!


Aku ketemui juga seorg budak lelaki dlm linkungan usia 7 tahun…dia menghadapi kancer mata. Bayangkan…matanya terkeluar dan semakin hari, semakin terkeluar matanya dan bonjolan semakin membesar dan sehingga sel2 mata sudah mati...Apa yg aku kagum adalah ketabahan ibu dan ayahnya utk menjaganya…tidak pernah aku lihat dia berseorangan di tempatnya…sungguh setia, tulus dan mulus kasih seorg ibu&ayah….SubhanaALLAH!!!...kalaulah hamba-Nya mempunyai perasaan kasih seperti itu, yg menciptakan manusia lagi2lah…Ya ALLAH!


Di wad bersalin pula, aku lihat ramai ibu2 yg menunggu masa untuk bersalin dan baru lps bersalin. Mereka ditempatkan di dlm wad kerana mempunyai masalah tertentu…dari raup wajah mereka, tergambar ketabahan hati seorg ibu…Ya ALLAH, besarnya pergorbanan hamba-Mu yg berstatus ibu ini…berbaloilah SYURGA itu di bawah tapak kaki mu ibu…

No comments:



ERTI HIDUP PADA MEMBERI...

Ini semuanya takdir tuhanku...Walaupun hatiku yang hiba tidak dapat menerimanya, apakan daya. Tapi ku percaya...terselit hikmah disebaliknya.Tuhan tak kan membiarkan perjuangan selesai tanpa dugaan yang maha berat.Percayalah...Hari yang dinantikan pasti tiba.Merangkul kembali takhta dunia untuk dimahkotakan kepada ISLAM yang tercinta. Tidur ku takkan lena. Sehingga...impian ku tercapai indah. Bagai mimpi ngeri di siang hari...Tumbangnya pejuang...Tersungkur menyembah bumi...aduhai itulah mainan hidup ini. BANGUNLAH KEMBALI!!! Pandanglah dunia...Di sana insan dipermainkan. Masih ada yang memerlukanmu. Mereka terpinga tanpa amaran. SEDARKAN MEREKA!!! Teruskan perjuanganmu...Bayangkan generasi yang mendatang. Ke manakah haluan???Adakah dididik tamakkan dunia???Atau celik mengenal akhirat???Aku....Di sanubari ku membara sebuah impian. Takkan kesampaian tanpa cobaan. Akan gigih mara kehadapan Kuharapkan...Sokongan dan dokongan Inspirasi pencekal jiwa agar impian menjadi nyata yang pasti...Masyrakat kenal akan kemurniaan ISLAM. Cinta sesama manusia. Prihatin tak kira bangsa. Tiada yang buta tanpa pembela. Akan ku perjuangkan....Inilah JANJIKU. Ku yakinTuhan akan bersamaku.InsyaAllah!!!