Monday, January 26, 2009

PRK adalah satu MEDAN TARBIYAH KITA.TAKBIR!!!

Sahabat seakidahku, PRK adalah satu tarbiyah lapangan untuk kita, apa yang utama, kita inginkan jundu2 yang berani mempertakankan yang hak dan pendirian kita, berjiwa besar dan taqarub kepada-Nya. Kerana perjuangan di luar sana lebih hebat dan mencabar. Panjatkan Alhamdulillah jika kita menang, kerana banyak lagi amanah yang perlu kita bawa. Samalah kita berjuang sehingga menang atau syahid. Ingatlah, matlamat yang paling tinggi adalah REDHA-Nya dan AGAMA-NYA(ISLAM) diletakkan di tempat yg paling tinggi.


Hidup3x...Hidup ISLAM!!! ALLAHUAKBAR!!!

1 comment:

cahaya kelembutanku said...

kak..ni yani ni.. ni alamat blog yani http://wwwhalawah.blogspot.com harap kita dapat keep in touch..hehe

ERTI HIDUP PADA MEMBERI...

Ini semuanya takdir tuhanku...Walaupun hatiku yang hiba tidak dapat menerimanya, apakan daya. Tapi ku percaya...terselit hikmah disebaliknya.Tuhan tak kan membiarkan perjuangan selesai tanpa dugaan yang maha berat.Percayalah...Hari yang dinantikan pasti tiba.Merangkul kembali takhta dunia untuk dimahkotakan kepada ISLAM yang tercinta. Tidur ku takkan lena. Sehingga...impian ku tercapai indah. Bagai mimpi ngeri di siang hari...Tumbangnya pejuang...Tersungkur menyembah bumi...aduhai itulah mainan hidup ini. BANGUNLAH KEMBALI!!! Pandanglah dunia...Di sana insan dipermainkan. Masih ada yang memerlukanmu. Mereka terpinga tanpa amaran. SEDARKAN MEREKA!!! Teruskan perjuanganmu...Bayangkan generasi yang mendatang. Ke manakah haluan???Adakah dididik tamakkan dunia???Atau celik mengenal akhirat???Aku....Di sanubari ku membara sebuah impian. Takkan kesampaian tanpa cobaan. Akan gigih mara kehadapan Kuharapkan...Sokongan dan dokongan Inspirasi pencekal jiwa agar impian menjadi nyata yang pasti...Masyrakat kenal akan kemurniaan ISLAM. Cinta sesama manusia. Prihatin tak kira bangsa. Tiada yang buta tanpa pembela. Akan ku perjuangkan....Inilah JANJIKU. Ku yakinTuhan akan bersamaku.InsyaAllah!!!