Tuesday, April 6, 2010

Qada' Dan Qadar...KETENTUAN ILLAHI...




.....Sungguh, saya bingung. Mungkin masih terlalu awal dalam perencanaan kehidupan untuk memikirkan hal ehwal rumah tangga. Namun, bak kata Kak Zaffan Khalid iaitu pendebat idola saya, "saat penantian adalah saat pencarian."

Sebelum tiba masanya itu, biarlah saya berusaha merencana mana yang mampu dalam mencari keredhaan Illahi sebagai seorang isteri dan ibu kelak, jua tetap sebagai seorang anak dan menantu. Selebihnya biarlah Dia yang Maha Mengetahui menentukan kerana Dia ialah sebaik-baik perancang.

(Petikan Di atas DPETIK DARI>>>http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2411)

p/s: Hidup ini bukanlah angan2 & semudah yg disangka...kerana itulah, kebergantungan kpd ALLAH mesti 'MANTAP' kerana DIA lebih mengetahui mana yg terbaik utk kita;)

Akan tetapi, jgnlah setiap usaha kita itu utk perkara itu semata2. Tp, ikhlas krn Allah S.W.T...kerana berdasarkan Hadis ini...

"setiap perbuatan hanyalah bergantung pada niat dan setiap org hanya mendapatkan sesuai dgn apa yg diniatkan, maka hijrahnya itu kpd Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa yg berhijrah utk duniawi yg ia akn perolehi atau pada perempuan yg akn dia nikahi, maka hijrahnya itu kembali kpd apa yg diinginkannya." (riwayat Bukhari dan Muslim).

Perhatikan juga Kata-kata dari Al-Fudhail-"Tidak mahu beramal kerana org lain adalah riyak dan beramal kerana org lain adalah syirik."

Sama2lah kt menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah (habbunminallah)dan manusia (habbunminannas) agar kita tidak dipertanggungjawabkan di padang masyar nanti ;)

JOM, KITA SELAMI MAKSUD REDHA DGN KETENTUAN ILAHI!!!



Redha Dengan Qada' :

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )-Rujukan: http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/tasawwuf/redha.htm

No comments:



ERTI HIDUP PADA MEMBERI...

Ini semuanya takdir tuhanku...Walaupun hatiku yang hiba tidak dapat menerimanya, apakan daya. Tapi ku percaya...terselit hikmah disebaliknya.Tuhan tak kan membiarkan perjuangan selesai tanpa dugaan yang maha berat.Percayalah...Hari yang dinantikan pasti tiba.Merangkul kembali takhta dunia untuk dimahkotakan kepada ISLAM yang tercinta. Tidur ku takkan lena. Sehingga...impian ku tercapai indah. Bagai mimpi ngeri di siang hari...Tumbangnya pejuang...Tersungkur menyembah bumi...aduhai itulah mainan hidup ini. BANGUNLAH KEMBALI!!! Pandanglah dunia...Di sana insan dipermainkan. Masih ada yang memerlukanmu. Mereka terpinga tanpa amaran. SEDARKAN MEREKA!!! Teruskan perjuanganmu...Bayangkan generasi yang mendatang. Ke manakah haluan???Adakah dididik tamakkan dunia???Atau celik mengenal akhirat???Aku....Di sanubari ku membara sebuah impian. Takkan kesampaian tanpa cobaan. Akan gigih mara kehadapan Kuharapkan...Sokongan dan dokongan Inspirasi pencekal jiwa agar impian menjadi nyata yang pasti...Masyrakat kenal akan kemurniaan ISLAM. Cinta sesama manusia. Prihatin tak kira bangsa. Tiada yang buta tanpa pembela. Akan ku perjuangkan....Inilah JANJIKU. Ku yakinTuhan akan bersamaku.InsyaAllah!!!