Tuesday, August 24, 2010

Luahan Hati Seorang Pendidik...

Setelah seminggu mengajar di Sekolah Rendah Islam Al-Qari, Kelantan banyak yg dipelajari. Antara perkara yg tidak dapat dilupakan adalah dua orang pelajar lelaki bertumpuk. Bengkak dan lebam dibuatnya...Bukanlah perkara mudah untuk meleraikan perbalahan di antara pelajar...memerlukan seribu macam kemahiran didikan...tersalah tindakan, akan memberi kesannya yg amat teruk kepada mereka kerana di usia inilah mereka boleh di lenturkan sehingga membuat Aku mencari formula didikan Islam utk meleraikan perkelahian ini kerana semuanya ada dalam Islam itu sendiri. Bermula mencari saksi dan mendengar keterangan kedua-dua belah pihak. Seterusnya menyuruh mereka meminta maaf dan maafkan antara satu sama lain agar kita tidak menjadi umat yg bertengkar sesama sendiri sedangkan musuh kita bersatu untuk hapuskan kita. Semua itu kita mesti terangkan kepada mereka agar mereka membesar dgn asas2 Islam yg cukup mantap!.

Tetapi, bukan setakat itu sahaja peristiwa itu berakhir...ketika habis sesi persekolahan, si ibu kepada saah seorang pelajar yg bertumpuk itu datang berjumpa...untuk mendapatkan maklumat mengenai apa yg berlaku kepada anaknya sehingga bengkak2 dan lebam2...Itulah perasaan seorang ibu...Dia tidak akan membiarkan si anak kalah tanpa pembelaan...setelah diterangkan tentang apa yg berlaku, Alhamdulillah dgn berbekalkan peribadi muslim si ibu boleh mendengar dan menerimanya serta menyuruh si anak bersalam dgn sahabat yg bertumbuk dgnnya itu. Alhamdulillah kes ini diselesaikan dgn baik...

Setelah Aku kembali ke bilik guru, Aku terduduk...termenungkan...reality yg berlaku di luar ini tidaklah semudah yg berlaku di alam kampus walaupun pernah aktif dgn mana2 persatuan atau organisasi...dan sememangnya...Tetapi, Alhamdulillah berkat dgn penglibatan dgn Persatuan Mahasiswa Islam di kampus suatu ketika dahulu mengajar diri ini lebih matang utk menghadapi cabaran hidup yg lebih reality di luar...Alhamdulillah kerana diri ini dipilih oleh Allah S.W.T walaupun terlalu banyak dosa dan kesalahan yg dilakukan...;(...sesungguhnya Rahmat Allah itu amat luas...

No comments:



ERTI HIDUP PADA MEMBERI...

Ini semuanya takdir tuhanku...Walaupun hatiku yang hiba tidak dapat menerimanya, apakan daya. Tapi ku percaya...terselit hikmah disebaliknya.Tuhan tak kan membiarkan perjuangan selesai tanpa dugaan yang maha berat.Percayalah...Hari yang dinantikan pasti tiba.Merangkul kembali takhta dunia untuk dimahkotakan kepada ISLAM yang tercinta. Tidur ku takkan lena. Sehingga...impian ku tercapai indah. Bagai mimpi ngeri di siang hari...Tumbangnya pejuang...Tersungkur menyembah bumi...aduhai itulah mainan hidup ini. BANGUNLAH KEMBALI!!! Pandanglah dunia...Di sana insan dipermainkan. Masih ada yang memerlukanmu. Mereka terpinga tanpa amaran. SEDARKAN MEREKA!!! Teruskan perjuanganmu...Bayangkan generasi yang mendatang. Ke manakah haluan???Adakah dididik tamakkan dunia???Atau celik mengenal akhirat???Aku....Di sanubari ku membara sebuah impian. Takkan kesampaian tanpa cobaan. Akan gigih mara kehadapan Kuharapkan...Sokongan dan dokongan Inspirasi pencekal jiwa agar impian menjadi nyata yang pasti...Masyrakat kenal akan kemurniaan ISLAM. Cinta sesama manusia. Prihatin tak kira bangsa. Tiada yang buta tanpa pembela. Akan ku perjuangkan....Inilah JANJIKU. Ku yakinTuhan akan bersamaku.InsyaAllah!!!