Tuesday, April 27, 2010

Susahnya Nak IKHLAS!!!

Perkataan ikhlas amat mudah untuk diperkatakan, tp praktikalnya amat berat sekali...

Bila mendegar kebaikan sifat ikhlas, terasa amat indah&tenang...perjalan yg jauh&sukar terasa mudah saja untuk ditempuh...

Tapi, bila kita diuji, terduduk...xterkata apa.................................istigfar saja yg mampu dilafazkan!!!

Tidak ada manusia yg tahu isi hati kita melainkan kita sendiri...kita boleh menipu manusia dgn kata2 kita, tp...kita tidak mampu menipu Sang Pencipta kita...

Benarlah sabda Nabi Junjungan...keikhlasan itu umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam dalam persekitaran sekeliling yang gelap...bayangnya...memang sukar utk dilihat...

Kerana itulah, bila mana keikhlasan diri tergugat...banyakkanlah istigfar...sememangnya syaitan tidak akan biarkan kita sering berada dlm kebaikan!!!

Aku belajar dahulu...kenapa kita disunatkan membaca "aku berlindung drp syaitan yg direjam"...

Ini adalah kerana kita tidak mampu melawan godaan syaitan...so, kita mesti minta dgn ALLAH agar kita dilindung drp hasutan syaitan.

Kadang2, bila keikhlasan kita tergugat...terasa amat malas utk melakukan kebaikan lg...takut jd hipokrit...dll lagi lah!!!

tapi, ustazh aku pernah kata dulu...kalu kita tinggalkan, lagilah syaitan suka...sbb kadang2, bila kita buat dulu, InsyaAllah, keikhlasan akan dtg...

Pesan ustazh..."Tidak mahu beramal kerana org lain adalah riyak dan beramal kerana org lain adalah syirik."

Sememangnya keikhlasan itu suatu yang amat sukar utk dilihat&dinilai...ibarat semut hitam itu td...

So, pesanan utk diri...selalulah kita berdoa+berusaha utk timbul keikhlasan dalam setiap perkara yg kita lakukan;)

No comments:



ERTI HIDUP PADA MEMBERI...

Ini semuanya takdir tuhanku...Walaupun hatiku yang hiba tidak dapat menerimanya, apakan daya. Tapi ku percaya...terselit hikmah disebaliknya.Tuhan tak kan membiarkan perjuangan selesai tanpa dugaan yang maha berat.Percayalah...Hari yang dinantikan pasti tiba.Merangkul kembali takhta dunia untuk dimahkotakan kepada ISLAM yang tercinta. Tidur ku takkan lena. Sehingga...impian ku tercapai indah. Bagai mimpi ngeri di siang hari...Tumbangnya pejuang...Tersungkur menyembah bumi...aduhai itulah mainan hidup ini. BANGUNLAH KEMBALI!!! Pandanglah dunia...Di sana insan dipermainkan. Masih ada yang memerlukanmu. Mereka terpinga tanpa amaran. SEDARKAN MEREKA!!! Teruskan perjuanganmu...Bayangkan generasi yang mendatang. Ke manakah haluan???Adakah dididik tamakkan dunia???Atau celik mengenal akhirat???Aku....Di sanubari ku membara sebuah impian. Takkan kesampaian tanpa cobaan. Akan gigih mara kehadapan Kuharapkan...Sokongan dan dokongan Inspirasi pencekal jiwa agar impian menjadi nyata yang pasti...Masyrakat kenal akan kemurniaan ISLAM. Cinta sesama manusia. Prihatin tak kira bangsa. Tiada yang buta tanpa pembela. Akan ku perjuangkan....Inilah JANJIKU. Ku yakinTuhan akan bersamaku.InsyaAllah!!!