Monday, April 26, 2010

Dengan Mengingati ALLAH, Hati Akan Menjadi Tenang.



SABDA RASUL JUNJUNGAN...

"Aku tinggal kamu dua perkara. Kalu kamu mengikutinya, kamu tidak akan sesat...Iaitu Al-Quran dn Sunnahku"

Benarlah, isi kandungan Al-Quran itu memang HEBAT! Walau macam name hebat pun kata2 seorg punjangga, tidak sama dengan ayat2 motivasi yg ada dlm Al-Quran.

Ayat2nya memang kena dengan fitrah hidup kita. Antaranya...

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan: dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan. (Al-Anbiyaa': 21:35)

Jika kita tengok, memang terbukti, setiap yang hidup pasti akan merasa kematian...hatta firaun sendiri yang mengaku dirinya sebagai TUHAN sendiri pun MATI!

Apa yang firmankan oleh ALLAH di dalam Al-Quran benar2 terjadi. Antaranya...

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat" (Al-Fatir : 35:27)

"Dia membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu, Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing" (Ar-Rahman: 55:19&20)

Sememang tidak dapat dinafikan lagi, kejadian ini benar2 terjadi! Kajian sains pun membuktikan kebenaran ini. Lihatlah video di bawah ini!





Bersamalah kita muhasabah diri kita selalu kerana HIDUP KITA tidak LAMA...
"ISLAM IS THE WAY OF LIFE"

No comments:



ERTI HIDUP PADA MEMBERI...

Ini semuanya takdir tuhanku...Walaupun hatiku yang hiba tidak dapat menerimanya, apakan daya. Tapi ku percaya...terselit hikmah disebaliknya.Tuhan tak kan membiarkan perjuangan selesai tanpa dugaan yang maha berat.Percayalah...Hari yang dinantikan pasti tiba.Merangkul kembali takhta dunia untuk dimahkotakan kepada ISLAM yang tercinta. Tidur ku takkan lena. Sehingga...impian ku tercapai indah. Bagai mimpi ngeri di siang hari...Tumbangnya pejuang...Tersungkur menyembah bumi...aduhai itulah mainan hidup ini. BANGUNLAH KEMBALI!!! Pandanglah dunia...Di sana insan dipermainkan. Masih ada yang memerlukanmu. Mereka terpinga tanpa amaran. SEDARKAN MEREKA!!! Teruskan perjuanganmu...Bayangkan generasi yang mendatang. Ke manakah haluan???Adakah dididik tamakkan dunia???Atau celik mengenal akhirat???Aku....Di sanubari ku membara sebuah impian. Takkan kesampaian tanpa cobaan. Akan gigih mara kehadapan Kuharapkan...Sokongan dan dokongan Inspirasi pencekal jiwa agar impian menjadi nyata yang pasti...Masyrakat kenal akan kemurniaan ISLAM. Cinta sesama manusia. Prihatin tak kira bangsa. Tiada yang buta tanpa pembela. Akan ku perjuangkan....Inilah JANJIKU. Ku yakinTuhan akan bersamaku.InsyaAllah!!!